Thursday 31 January 2013

Sunnah jumaat



Abu hurairah R.A meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda : Sebaik - baik hari yang mana matahari terbit padanya adalah hari jumaat. pada hari itu diciptanya adam, pada hari itu dimasukkannya dalam syurga, pada hari itu jua dikeluarkannya dari syurga. tidak akan berlaku kiamat kecuali hari jumaat. [sahih muslim].

pada pagi jumaat yang mulia ini, wak joko nak berkongsi sedikit tentang sunnah2 di hari jumaat.. moga kt dpt sama2 amalkan dan mendapat pahala dan redha disisi Allah.. jadi, sunnah yang boleh kt buat pada hari jumaat ni senang je, dan xmembeban kan pun.

1. membaca surah As-Sajjadah dan Al-insan dalam solat subuh.

2. membanyakkan selawat.

3. membaca surah Al - Kahfi ( banyak syafaatnye)

4. Mandi sunat jumaat sebelum pergi solat jumaat.

5. memakai pakaian yang cantik

6. banyakkan solat sunat sebelum imam mulakan khutbah.

7. memakai wangi - wangian.

8. solat sunat lepas solat jumaat.

9. banyakkan berdoa.

10. diam dan dengar ketika imam membacakan khutbah.

11. datang awal ke masjid.

12. banyak kan zikir (subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar, Lailahaillallah)

simple je kan.. jom kt buat sunnah hari jumaat ni.. kalo xdpt semua, dapat separuh jadi la.. tp kalo dpt semua lagi cantik kan.. insya'Allah.. jadi selamat hari jumaat semua.. dengarkan nasyid hari jumaat ni same2 ye..hehe.. sekian wassalam.. Love Allah.. Love Muhammad S.A.W.. :)


2 comments:

  1. Untung jadi lelaki lebih banyak manfaatnya gunakanlah... buat yg perempuan ingatlah berwangi-wangian boleh menimbulkan fitnah.

    Bersama kita tingkatkan amalan yg mudah dibuat ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kakzakie atas komen yang diberikan.. untuk kaum hawa pun boleh mengamalkan bacaan surah al kahfi, banyakkan selawat dan berzkir kan.. semoga Allah memandang amalan kt semua.. amin.. :)

      Delete