Monday 28 January 2013

jom kt ke pekan munduk



Kepada semua rakyat Kelantan ataupun rakyat luar Kelantan yang mahu bercuti di Kelantan. 

Pihak kami cadangkan anda luangkan masa separuh hari untuk singgah ke Pekan Munduk 

15 minit dari Rantau Panjang,. Pekan Munduk ini adalah disebelah Thailand, namu anda 

tidak perlu risau kerana disini tidak perlu passport untuk menyeberangi Sungai Golok.
Dengan hanya tambang perahu RM1 sehala, anda boleh ke Pekan Munduk dengan bebas. 


Disana bermacam barangan dijual dengan harga murah dan hampir tidak masuk akal 

sekiranya anda selalu membeli belah di kota Kuala Lumpur. Bantal kekabu hanya RM10 

untuk 2 biji, di kota KL mungkin harga mencecah RM 40 untuk sebiji bantal. Baju blouse 

untuk wanita cuma RM8 di kota KL mungkin mencecah RM49 . Toto Narita cuma RM28 , di 

kota KL mungkin mencecah RM80 untuk sebidang toto. Jika anda minat haiwan peliharaan, 

disinilah tempatnya dengan pelbagai haiwan peliharaan menarik dijual seperti arnab , 

burung candik, dan beberap spesis eksotik.



Jika anda mencari beras Siam yang murah, disinilah tempatnya. Pelbagai perkakasan dapur 

seperti periuk, kuali , kukusan ditawarkan dengan harga yang memang amat murah. Buah-

buahan seperti mangga juga amat murah dan harga ini anda tidak peroleh ditempat lain.

Jadi untuk percutian pada sesi Perayaan Tahun Baru Cina ini, anda semua dijemput untuk 


singgah ke Pekan Munduk untuk sebuah percutian yang yang singkat tetapi menarik. Untuk 

makluman, pada hari Isnin dan Sabtu digelar 'Hari Nat' oleh penduduk Thailand. Jadi pada 

hari tersebut, seakan-akan pasar pagi yang dibuka dari jam 8pagi sehingga lewat petang 

dengan pelbagai pilihan seperti buah-buahan yang sememangnya amat murah. Jangan 

anda terkejut sekiranya anda datang pada hari Isnin dan Sabtu disini, kehadiran 

pengunjung lagi ramai daripada pasaraya SOGO di KL.

Jangan risau, anda tidak perlu menukar matawang ringgit kepada Bath. Disini, transaksi 


jualan adalah dalam matawang Ringgit. Sungguh senang bukan ? Jadi apa tungu lagi, mari 

melawat Kelantan.



Kelantan adalah syurga membeli belah yang sebenar. Tapi ape2 pun jauhi sifat membazir, 

kerana membazir itu budaya syaitan..  Selamat datang ke kelantan.. :)

No comments:

Post a Comment