Sunday 3 February 2013

JOM sedekah dengan care paling simple.. !!!




Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, Rasulullah saw bersabda :
"Setiap angota badan manusia diwajibkan mengeluarkan sedekah setiap hari di mana matahari terbit. "Para sahabat bertanya, "WahaiRasulullah, bagaimana kita dapat bersedekah?" Rasul menjawab, "Sesungguhnya pintu untuk berbuat baik itu sangat banyak. Bertasbih, bertakbir, dan bertahlil adalah sedekah; menyingkirkan duri dijalanan adalah sedekah; menolong orang tuli atau buta adalah sedekah; dan menunjukkan orang yang kebingungan, menolong dengan segera orang yang sangat memerlukan adalah sedekahmu terhadap dirimu."

Assalamualaikum.. :) pagi ni, saye nak kongsi sedikit cara untuk kt bersedekah dengan cara paling mudah.. moga dapat same2 kite amalkan dan niat untuk mendapat redha Allah..

1. perbanyakkan bertasbih, bertakbir dan bertahlil.

zikir adalah perbuatan yang ringan dimulut, tetapi berat timbangannya di Mizan nnti.. zikir juga adalah perbuatan paling mudah untuk kt berhubung dengan Allah.. sambil kt duduk saje2, kt boleh berzikir, sambil kt memandu kt boleh berzikir, sambil kt memasak, kt leh berzikir, sambil kt berkebun kt leh berzikir..mudah saje kan.. jom berzikir.. :)

2. menyingkirkan duri di jalanan.




Rasulullah saw bersabda :
"Tatkala seseorang berjalan di suatu jalan dan menjumpai duri, lalu ia singkirkan duri tersebut, maka Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya."
Ini bukan hanya tanggungjawab setiap peribadi seorang muslim, tetapi juga merupakan tanggung jawab yang mesti dilaksanakan oleh pemerintah Islam untuk menjaga kesihatan masyarakatnya dan "'izzah" (kehormatan) umat Islam.

ini juga cara bersedekah paling senang.. andai kt ternampak batu yang berada di tengah jalan, kt boleh berenti kejap, dan mengalihan batu tersebut. andai kate kt ternmpak ape2 sekalipun semase berjalan yang boleh menyakiti orang lain, kt boleh alihkan..tak sampai seminit pun alihkan halangan2 tersebut, tetapi besar pahalanya.. :)

3. menolong orang tuli atau buta.


hah ini juga satu care sedekah yang mudah.. mungkin kadang2 je kt bertemu dengan orang yang buta dan tuli.. andai kate kt berjumpe dengan mereka, ambil kesempatan utk tolong mereka, sbb besar pahalanya.. paling mudah, bila kt melihat orang yang buta utk melintas jalan, kt boleh membantu mereka.. insya'Allah, mereka akan turut same mendoakan untuk kt.. :)

4. menunjukkan jalan kepada orang yang dalam kebingungan.

ini boleh ditujukan dalam banyak perkara.. contohnye, ade orang bertanyakan kt jalan, kt cube semampu kt utk menolong mereka. selain dari hanya memberi isyarat jalan, mungkin jika ade mase terluang sedikit, kt boleh terus menunjukkan mereka jalan hingga sampai ke tempat mereka tuju.. selain dari itu, kt boleh tolong rakan2 yang dalam masalah.. mungkin cara ini, kt dapat meringankan beban yang ditanggungnya.. :)

semoga cara mudah sedekah ini dapat sama2 kt amalkan dan kt kongsi2kan kepada adik beradik kt dan rakan kt.. moga Allah memberkati kt.. amin.. Love Allah.. Love Muhammad S.A.W.. :)

1 comment:

  1. Semua telah diberi dan cara terlalu mudah terpulang pada diri kita mahu menjadikan amalan atau tidak..

    ReplyDelete