Wednesday 13 February 2013

Malas punye pasal..hehe..


ni la akibat kalo semua da malas..hahaha.. jauhi lah sifat malas.. 
bile malas, ibadah jadi longlai..
bila malas, malas nak baca al-quran..
bila malas, leka dengan dunia..
bila malas, akhirat dipandang remeh..
bila malas, ape kerja pun xjalan..

jadi jauhi lah sifat malas!! banyakkan bace au'zubillahiminashatonirrojim.. 
semoga syaitan2 disekeliling kt yang dok menghasut kt, terbakar bile kt baca tu.. :)

Tuesday 12 February 2013

manchester united vs real madrid mlm ni..!!

malam ni perlawanan eufa paling best akan berlangsung iaitu perlawanan diantara Manchester united dan Real madrid di stadium bernabau (real madrid) jam 3.45 pagi.. perlawanan ini menyaksikan Cristiano Ronaldo (CR) pertama kali akan berlawan menetang kelab lamanya.. mungkin jadi perlawanan yang di tggu oleh semua peminat MU termasuk saye..hehe.. 


jom kt saksikan mlm ni..!!! keputusan mlm td, juventus menang 3-0 menentang celtic dan PSG menang 2-1 menetang valencia, dimane ibrahimovic (PSG) dilayangkan kad merah..tp sebelum tgk bola malam ni, jgn lupe utk solat tahajjud dulu ye.. bola, bola jugak, tahajjud diutamakan.. insya'Allah.. :) 


Monday 11 February 2013

RM2 juta untuk 1 lagu, selama 8 minit.. patutkah..??



RM2 juta dibelanjakan oleh PM najib razak untuk membawa penyanyi popular dari korea ynag popular dgn lagu gangnam style iaitu PSY.. RM2 juta utk 1 lagu sahaja.. da la 1 lagu 8 minit plak tu.. berbaloikah rm2 juta utk itu..?? PM membawa penyanyi ini utk menghiburkan rakyat tetapi menelan belanja lebih rm2juta.. sedangkan, tidak pernah keluar kan wang sebanyak tu utk hiburan2 islam..



pada pandangan saye, eloklah diberikan kepade yang memerlukan rm2juta tu, daripade menjemput artis k-pop yang menelan blnje begitu mahal.. bukan sahaja menelan bnlnje yg tinggi, malah turut merosakkan moral anak2 mude mase kini dengan pemakaian yang seksi dari artis2 k - pop tersebut..

dalam pilihan raya yang akan tibe tidak lame lagi ni, pilih lah sebetol2nye pemimpin yang boleh menjage kebajikan, dan adil kepade rakyat.. jujur dlm menggunakan wang rakyat utk kepentingan rakyat.. dan yang plin pnting, menegakkan kembali Islam yang makin lemah di Malaysia ini.. nilai lah sendiri.. jgn kerana sogokan wang oleh kerajaan, kt tertipu padahal, itu ade lah wang kt sendiri.. Love Allah.. Love Muhammad S.A.W.. :)

Saturday 9 February 2013

6 hak muslim keatas muslim yang lain!!

Alhamdulillah.. wakjoko baru saje balik dari pergi ke kenduri kahwin anak kepade kawan ayah, saudara anas, iaitu ahli khariaah masjid As-Salam bukit beruntung.. kenduri kahwin td begitu meriah, walaupun dalam cuace yang panas, tp Alhamdulillah, Allah menghantar angin sepoi2 supaya tetamu berasa selese di kenduri tersebut..



jadi di kesempatan ini, saye ingin berkongsi sedikit mengenai 6 hak seseorang muslim, kepada muslim yang lain.. hah ape kaitannye perkara ini dgn kenduri kahwin ni..?? hah jom kt bace.. :)



Dari Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah (sallallahu alayhi wasalam): Hak muslim terhadap muslim lainnya ada enam. (Baginda) ditanya: Apakah hak-hak tersebut, ya Rasulullah? Jawab baginda:
 
1.       Jika kamu bertemu dengannya, ucapkanlah salam padanya.
2.       Jika dia mengundangmu, hadirilah undangannya.
3.       Jika dia minta nasihatmu, berilah dia nasihat.
4.       Jika dia bersin dan bertahmid, maka tasymitkan dia.
5.       Jika dia sakit, maka kunjungilah dia.
6.       Jika dia meninggal dunia, maka ikutilah (jenazah)nya.
 
(Hadis Riwayat Muslim)

hah jadi, undangan kenduri ni ade kaitannye dengan hak kedua Rasulullah sebut, iaitu memenuhi undangan.. banyak kelebihan sbenarnye apabila kt melakukan hak yang kedua ini. dgn mnghadiri undangan tersebut, kt dpt menunaikan hak pertama, iaitu ucapkan salam apabila bertemu dgn orang ramai, hak ketiga, mungkin ade rakan2 yang memerlukan nasihat dari kt, dan hak yang kelima, mungkin dari menghadiri undangan ini, kt dpt tahu mengenai rakan2 yang sakit, dan insya'Allah kt boleh melawat mereka.. :)



jadi tunaikan lah hak kt kepada muslim yang lain.. cubelah sedaya upaya memenuhi undangan..bukan sahaja time cuti ni je, tapi hari2 yang lain same insya'Allah.. semoga kt dpt same2 ambil ikhtibar dari posting ini..sekian.. Love Allah.. Love Muhammad S.A.W.. :)

Friday 8 February 2013

kisah 50sen



Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.
Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.



sebak rase bile bace kisah ni.. jom same2 kt muhasabah diri kt.. n jom kt mulekan amalan sedekah secare istiqamah.. insya'Allah, rezeki kt lagi berkat dan lebih murah.. :) Love Allah.. Love Muhammad S.A.W..

Thursday 7 February 2013

jadilah suami seperti Rasulullah


Amrah meriwayatkan bahawa seseorang bertanya kepada Aisyah, "Apakah yang dilakukan Rasulullah saw di dalam rumah?" Aisyah menjawab, maksudnya: "Rasulullah saw adalah manusia biasa; beliau merendam pakaian, memerah susu domba, dan melayani dirinya sendiri." (HR Tirmizi, Bukhari, dan Ahmad)

Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyingsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Saidatina 'Aisyah r.a. menceritakan: "Kalau Nabi SAW berada di rumah, Baginda selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, Baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pulang kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah Baginda pulang pada waktu pagi. Baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra Aisyah yang bererti kemerah-merahan) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa, wahai Rasulullah." Rasulullah SAW lantas berkata, "Kalau begitu aku puasa saja hari ini." Tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. Itu Rasulullah SAW. Kalau kita, tentu dah hangin atau hilang sabar, mengeluh-ngeluh, bercakap tentang duit dan macam-macam lagi..

Wednesday 6 February 2013

koleksi gambar anak2 kecil yang soleh dan solehah.

Didiklah mereka dari kecil lagi..ajarkan mereka Islam..  biar mereka kenal islam, biar mereka syg islam, biar mereka bercita2 nak pertahankan islam, biar mereka bercita2 nak berdakwah, biar mereka bersemangat menunutut ilmu, biar mereka bercita2 mahu shahid demi Islam tercinta.. dan agar mereka menjadi anak yang soleh, yang boleh mendoakan ibu bapa.. ilmu akademik juga penting, tapi Ilmu agama lagi la penting.. kerana kt di dunia hanyalah sementara, sesungguhnya Akhirat yang kekal selamanya.. :)








Tuesday 5 February 2013

kisah 3 pemuda yang terperangkap dalam gua

Dalam sebuah hadits riwayat Imam Bukhari Muslim dikisahkan, ada tiga orang pemuda pergi hendak beribadah kepada Allah. Di perjalanan hujan turun sangat lebat sekali. Lalu mereka pun berlindung di dalam sebuah gua. Tiba-tiba jatuh sebuah batu sangat besar menutupi mulut gua. Ketiga-tiga pemuda itu akhirnya terkurung dan tidak dapat keluar.


Seorang dari mereka berkata kepada yang lainnya, “Wahai hamba Allah, demi Allah, tidak ada yang dapat menyelamatkan kita sekarang ini kecuali Allah Swt. Barangkali ada amal paling baik yang pernah kita lakukan yang dapat kita kemukakan kepada-Nya untuk menyelamatkan kita dari musibah ini”.

Salah seorang dari mereka lalu berkata, “Ya Allah, saya pernah terpikat kepada seorang wanita yang sangat cantik. Kerana aku memiliki kekuasaan dan kekayaan, lalu aku bayar wanita itu dengan harga yang dikehendakinya. Ketika kami berdua-duaan dan aku mempunyai kesempatan untuk berbuat zina, tiba-tiba aku ingat siksa-Mu ya Allah, lalu aku batalkan niat buruk itu. Ya Allah, seandainya apa yang aku perbuat itu baik menurut-Mu, tolong geserkan batu besar yang menghalangi mulut gua ini.”
Selesai pemuda itu berkata-kata, tiba-tiba batu besar yang menutupi mulut gua itu bergeser sedikit, tetapi mereka belum dapat keluar.



Lalu pemuda kedua pula berkata, “Ya Allah, aku pernah menyuruh sekelompok orang bekerja dengan upah masing-masing setengah dirham. Ketika mereka selesai bekerja, aku terus membayar upahnya. Tiba-tiba ada salah seorang daripadanya menolak mengambil upah itu, kerana ia merasa melakukan dua pekerjaan sekaligus. Ia hanya ingin diupah sebanyak satu dirham. Kerana tidak bersetuju dengan kadar upahnya, orang itu lalu pergi begitu sahaja tanpa mengambil upahnya terlebih dahulu.
Sepeninggalan orang itu, aku laburkan wangnya yang setengah dirham itu sehingga menghasilkan banyak keuntungan. Pada suatu hari orang tadi datang semula dan meminta upahnya yang setengah dirham itu. Lalu aku berikan kepadanya 10 ribu dirham dari keuntungan wangnya yang setengah dirham dari upahnya dahulu. Orang tersebut terkejut dan mengatakan: “Jangan kamu hendak bergurau, upah aku dahulu bukan sebesar ini tetapi hanya setengah dirham”. Lalu aku jelaskan, bahawa wangnya yang setengah dirham itu telah aku laburkan sehingga terus bertambah sampai sebanyak ini.
Setelah jelas, dia pun mengambilnya dengan penuh bahagia dan rasa syukur. Ya Allah, Engkau Maha Tahu, aku melakukan itu semata-mata kerana mengharapkan keredhaan-Mu. Ya Allah, jika apa yang aku lakukan itu baik menurutMu, tolong angkat batu yang menghalangi tempat keluar kami ini.”
Lalu batu itu bergeser kembali, namun mereka tetap belum dapat keluar.



Pemuda yang ketiga pula lalu berkata, “Ya Allah, kedua orang tua ku sudah sangat tua. Meskipun demikian, aku sangat menyayangi keduanya dan aku tidak pernah minum atau makan sebelum keduanya minum dan makan. Suatu hari aku bawakan sebotol air susu untuk keduanya namun mereka sedang tidur dengan lena. Aku tidak berani mengejutkannya, lalu aku tunggu sehingga keduanya bangun. Meskipun anak aku waktu itu menangis meminta susu itu, namun aku tidak memberikannya sebelum kedua orang tua aku meminumnya terlebih dahulu. Apabila kedua orang tua ku bangun, aku terus memberinya minum.
Ya Allah, Engkau Maha Tahu, apa yang aku perbuat itu semata-mata kerana mengharap keredhaan-Mu, maka tolong alihkan batu ini supaya kami dapat keluar”. Akhirnya batu itu bergeser kembali dan akhirnya mereka dapat keluar dari gua tersebut dengan selamat. (HR.Bukhari dan Muslim).


PENGAJARAN..


~ Allah memberikan bantuan kepada mereka yang benar-benar berdoa dengan penuh keikhlasan kepadaNya.
~ Dalam kesempitan, kita dibolehkan bertawassul dengan amal kebajikan yang kita lakukan.
~ Bertawassul juga merupakan salah satu ciri dalam Ahlus Sunnah Wal Jamaah
~ Dalam melaksanakan sesuau pekerjaan eloklah bermuafakat terlebih dahulu sebab muafakat itu membawa berkat
~ Berbakti kepada ibubapa adalah satu amalan soleh
~ Berlaku jujur dalam perniagaan juga amalan soleh
~ Mengelak dari melakukan perzinaan adalah amalan soleh

Monday 4 February 2013

SUBHANALLAH!! Penemuan sungai dalam laut!!


Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut
“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)
“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

SUBHANALLAH! :

(QS FUSHSHILAT : 53) = (Q.S AL FURQAN:53)



Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `D
iscovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.”
Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera.Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar.






Sunday 3 February 2013

JOM sedekah dengan care paling simple.. !!!




Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, Rasulullah saw bersabda :
"Setiap angota badan manusia diwajibkan mengeluarkan sedekah setiap hari di mana matahari terbit. "Para sahabat bertanya, "WahaiRasulullah, bagaimana kita dapat bersedekah?" Rasul menjawab, "Sesungguhnya pintu untuk berbuat baik itu sangat banyak. Bertasbih, bertakbir, dan bertahlil adalah sedekah; menyingkirkan duri dijalanan adalah sedekah; menolong orang tuli atau buta adalah sedekah; dan menunjukkan orang yang kebingungan, menolong dengan segera orang yang sangat memerlukan adalah sedekahmu terhadap dirimu."

Assalamualaikum.. :) pagi ni, saye nak kongsi sedikit cara untuk kt bersedekah dengan cara paling mudah.. moga dapat same2 kite amalkan dan niat untuk mendapat redha Allah..

1. perbanyakkan bertasbih, bertakbir dan bertahlil.

zikir adalah perbuatan yang ringan dimulut, tetapi berat timbangannya di Mizan nnti.. zikir juga adalah perbuatan paling mudah untuk kt berhubung dengan Allah.. sambil kt duduk saje2, kt boleh berzikir, sambil kt memandu kt boleh berzikir, sambil kt memasak, kt leh berzikir, sambil kt berkebun kt leh berzikir..mudah saje kan.. jom berzikir.. :)

2. menyingkirkan duri di jalanan.




Rasulullah saw bersabda :
"Tatkala seseorang berjalan di suatu jalan dan menjumpai duri, lalu ia singkirkan duri tersebut, maka Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya."
Ini bukan hanya tanggungjawab setiap peribadi seorang muslim, tetapi juga merupakan tanggung jawab yang mesti dilaksanakan oleh pemerintah Islam untuk menjaga kesihatan masyarakatnya dan "'izzah" (kehormatan) umat Islam.

ini juga cara bersedekah paling senang.. andai kt ternampak batu yang berada di tengah jalan, kt boleh berenti kejap, dan mengalihan batu tersebut. andai kate kt ternmpak ape2 sekalipun semase berjalan yang boleh menyakiti orang lain, kt boleh alihkan..tak sampai seminit pun alihkan halangan2 tersebut, tetapi besar pahalanya.. :)

3. menolong orang tuli atau buta.


hah ini juga satu care sedekah yang mudah.. mungkin kadang2 je kt bertemu dengan orang yang buta dan tuli.. andai kate kt berjumpe dengan mereka, ambil kesempatan utk tolong mereka, sbb besar pahalanya.. paling mudah, bila kt melihat orang yang buta utk melintas jalan, kt boleh membantu mereka.. insya'Allah, mereka akan turut same mendoakan untuk kt.. :)

4. menunjukkan jalan kepada orang yang dalam kebingungan.

ini boleh ditujukan dalam banyak perkara.. contohnye, ade orang bertanyakan kt jalan, kt cube semampu kt utk menolong mereka. selain dari hanya memberi isyarat jalan, mungkin jika ade mase terluang sedikit, kt boleh terus menunjukkan mereka jalan hingga sampai ke tempat mereka tuju.. selain dari itu, kt boleh tolong rakan2 yang dalam masalah.. mungkin cara ini, kt dapat meringankan beban yang ditanggungnya.. :)

semoga cara mudah sedekah ini dapat sama2 kt amalkan dan kt kongsi2kan kepada adik beradik kt dan rakan kt.. moga Allah memberkati kt.. amin.. Love Allah.. Love Muhammad S.A.W.. :)

Saturday 2 February 2013

rahsia menjana rezeki!! Jom tengok!!

jom kite tengok macam mane nak menjana rezeki.. wak joko ingin 

share sikit tips cara nak bagi murah rezeki.. insya'Allah, iklaskan ati 

buat ni, bersungguh2 mohon pada Allah, insya'Allah, Allah akan 

bantu kita..





‎"8 Pintu Murah Rezeki" ialah:-1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.

1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.

2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.

3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”

4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.


5. Jangan tidur selepas solat subuh.


6. Selalu baca doa Al-Waqiah.


7. Rezeki ada dalam perkahwinan.


8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara 


ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan 


turun kepada ibu bapanya.

Friday 1 February 2013

disebalik kisah penjara pudu....



Kisah bilik akhir penjara pudu yang dirahsiakan !!
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "

"Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ... "



hehehe.. suspend x..?? gurau petang bersama wak joko..hehe.. jangan marah ye..  :)